Welcome to Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International), Universiti Sultan Zainal Abidin

Inquiries?

09-668 8414

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Jaringan Komuniti

    Khidmat Komuniti Korporat – English Language Exposure

    Fakulti Bahasa dan Komunikasi mengambil inisiatif meninjau keadaan semasa untuk memahami penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Pihak fakulti melihat penganjuran program sebagai langkah khidmat komuniti terutamanya melibatkan bidang kepakaran bahasa Inggeris serta memberi pendedahan kepada pensyarah dan pelajar fakulti untuk berinteraksi dengan pelajar sekolah.

    Program ini terbahagi kepada empat siri bagi membolehkan pemerhatian terhadap perkembangan kemampuan berkomunikasi (communicative competence) dalam kalangan murid. Pihak fakulti telah menjalankan program ini setelah menerima jemputan dan persetujuan daripada pihak Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

    Tarikh pelaksanaan English Language Explosure:

    Siri

    Tarikh

    Masa

    Pertama

    19 September 2019

    10.30 pagi hingga 12:30 tengah hari

    Kedua

    26 September 2019

    Ketiga

    23 Oktober 2019

    Keempat

    20 November 2019


    Ia juga sebagai satu usaha mengenal pasti kesalahan tatabahasa ketika berkomunikasi lisan selain mendapat pandangan para murid tentang penggunaan teknologi dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Program ini juga mengambilkira pandangan student-buddies tentang pengajaran berkomunikasi yang digunakan.

    Program yang didokong oleh enam pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, dengan kerjasama dari Persatuan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FALCOM) yang turut menghantar student-buddies seramai 20 orang. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tahun pertama dan kedua Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Seramai 30 orang murid sekolah tahun empat dipilih untuk menyertai program ini.

    Hasil daripada program komuniti ini telah membuahkan rangkaian video persembahan hasil kerja murid-murid. Kajian lapangan dan kajian intervensi semasa program mengguna pakai beberapa instrumen iaitu penilaian kepercayaan-diri (self-efficacy) dan strategi bertutur dalam menangani masalah berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah rendah, kaji selidik pentafsiran alternatif untuk menilai kebolehmampuan bertutur ketika berkomunikasi serta analisa kesalahan tatabahasa ketika berkomunikasi.

    Semangat ingin bersama murid-murid sekolah ini turut membuahkan pengalaman yang menarik kepada student-buddies sebelum mereka melangkah kaki ke dunia pengajaran. Perubahan positif dapat dilihat terutamanya dari segi semangat mahu bertutur sepanjang program yang dijalankan amat ketara dalam kalangan peserta. Sehubungan itu, fakulti berhasrat untuk meneruskan program ini secara tahunan menggunakan tema yang sama dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

    IMG 8091 1000 IMG 8116 1000

    Program Komuniti Ijazah Sarjana Muda Dietetik Tahun Empat Sesi 2019/2020

    Seramai 26 orang pelajar ISM Dietetik Tahun Akhir Fakulti Sains Kesihatan telah mengadakan program komuniti pada 10 dan 11 September 2019. Program komuniti ini telah dijalankan di 6 institusi yang berlainan iaitu Sekolah Sukan Negeri Terengganu, Majlis Sukan Negeri Terengganu, Pertubuhan Kesihatan Rehabilitasi dan Haemodialisis Kuala Nerus, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, Pusat Rawatan Dialisis Islah dan juga Pusat Dialisis UniSZA. Secara umumnya, program komuniti ini adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bidang pemakanan dan dietetik dalam kalangan masyarakat setempat. Program ini juga merupakan salah satu komponen bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian).

    Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program termasuklah demonstrasi makanan sihat, senaman ringan, ceramah pemakanan tentang hemodialisis dan juga cara mengurangkan pengambilan garam, kaunseling pemakanan secara individu, permainan stesyen pameran pemakanan dan juga aktiviti interaksi yang lain yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang ilmu pemakanan antara peserta dengan pelajar. Semua program telah mendapat tajaan daripada pihak swasta seperti Petron Gong Badak, Kedai Photostat 2F, kedai farmasi dan juga perniagaan lain. Semua aktiviti yang dijalankan adalah di bawah seliaan penyelia akademik yang terdiri daripada pensyarah dan pegawai dietetik daripada Pusat Pengajian Pemakanan dan Dietetik. Aktiviti ini juga diselia oleh penyelia industri di institusi masing-masing. Kesimpulannya, semua program yang dijalankan telah mendapat sambutan dan kerjasama yang baik daripada peserta dan juga pihak pengurusan institusi tersebut.

    FSK 1 700 FSK 3 700

    Environmental Law Talk and Go Green Save The Earth

    Persatuan Mahasiswa Undang-Undang (FLAIRSOC), Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA) dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengadakan program Environmental Law Talk and Go Green Save the Earth pada 29 Februari 2020 di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Program ini telah disertai hampir 80 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan alumni FUHA.

    Tujuan utama program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, selain dapat memupuk rasa cinta akan alam sekitar dan kehidupan yang sihat.

    Program ini dimulakan dengan ceramah alam sekitar yang disampaikan oleh wakil daripada Majlis Peguam Malaysia, Dato' Roger Chan Weng Keng (Naib Presiden Majlis Peguam Malaysia) dan Encik Sahadevan (Ahli Jawatankuasa Perubahan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Majlis Peguam Malaysia).  Acara kemuncak program tersebut ialah aktiviti menanam pokok dan gotong royong di sekitar kawasan berkenaan.

    Environmental Law Talk and Go Green Save The Earth 1000x666  Environmental Law Talk and Go Green Save The Earth2 1 1000x666
     
     
     

    Contact Us

    Pejabat Timbalan Naib Canselor
    (Akademik & Antarabangsa)
    Universiti Sultan Zainal Abidin
    Kampus Gong Badak
    21300 Kuala Nerus
    Terengganu Darul Iman

      09-668 8485
      09-668 7889
      ptncaa@unisza.edu.my
    logo3d left40 Tahun UniSZA utama

    Location

    Follow Us