Welcome to Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International), Universiti Sultan Zainal Abidin

Inquiries?

09-668 8414

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Jawatankuasa Utama

Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran

TERMA RUJUKAN (TOR)

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK INOVASI PEMBELAJARAN
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan ahli-ahlinya terdiri daripada Dekan-dekan Fakulti, Pendaftar, Bendahari, Ketua Perpustakaan dan Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian.
Tugas dan Tanggungjawab
  1. Meneliti dan memperakukan prosidur dan garis panduan kualiti bagi kursus yang ditawarkan secara dalam talian.

  2. Meneliti dan memperakukan prosidur, garis panduan dan keperluan bagi kursus dalam talian yang boleh dibuat pemindahan kredit.

  3. (Meneliti, memperkasa dan memperakukan polisi, prosidur, garis panduan dan aktiviti berkaitan perancangan dan implementasi mod pembelajaran teradun fakulti.

  4. Meneliti, memperkasa dan memperakukan polisi, prosidur, garis panduan dan aktiviti berkaitan perancangan dan implementasi kursus terbuka dalam talian UniSZA.

  5. Meneliti, merancang dan memperakukan perkara-perkara dasar yang melibatkan hal ehwal inovasi pembelajaran.

  6. Meneliti dan memperakukan cadangan program atau aktiviti pembangunan, pembudayaan, pengembangan dan pengiktirafan berkaitan inovasi akademik samada peringkat universiti dan antarabangsa.
Komposisi Jawatankuasa
Pengerusi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Ahli
  1. Dekan Fakulti / wakil gilir tetap
  2. Pendaftar
  3. Bendahari
  4. Ketua Pustakawan
  5. Pengarah Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian
  6. Pengarah Pusat Pengajian Teras
  7. Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan & Jaringan Industri
Tatacara Berkaitan
  1. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

  2. Kekerapan mesyuarat adalah sebanyak 6 kali setahun atau mengikut keperluan.

  3. Kertas cadangan yang telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Senat Universiti untuk mendapatkan kelulusan.

  4. Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Induk Inovasi Pembelajaran adalah ahli daripada Bahagian Teknologi Pendidikan dan Inovasi Akademik, Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan.
Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti

TERMA RUJUKAN (TOR)

JAWATANKUASA AKADEMIK PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI (JAPSU)
Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti
Pengurusan Universiti dalam mesyuaratnya pada 12 Jun 2013 telah meluluskan cadangan penubuhan Jawatankuasa Akademik Pengajian Siswazah Universiti (JAPSU) melalui Kertas Cadangan Penamaan Baru dan Penstrukturan Semula Pusat Pengurusan Siswazah.

Penubuhan JAPSU adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat yang berkaitan Pusat Pengajian Siswazah (PPS).

JAPSU dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor dan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan Dekan fakulti dan Pengarah Institut / Pusat.
Tugas dan Tanggungjawab
  1. Menggubal dan melaksanakan peraturan dan panduan pengajian siswazah.
  2. Meluluskan penawaran program peringkat siswazah.
  3. Meluluskan pelantikan Pemeriksa Luar.
  4. Meluluskan permohonan pertukaran peringkat pengajian.
  5. Mengesyorkan penganugerahan ijazah kepada Senat.
Komposisi JAPSU
  1. Timbalan Naib Canselor - Pengerusi
  2. Dekan Pusat Pengajian Siswazah - Setiausaha
  3. Dekan Fakulti / Pengarah Institut / Pusat
Tatacara Berkaitan
  1. JAPSU dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), dan semasa ketiadaan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor yang bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan inovasi akan menjadi pengerusi JAPSU dan sekiranya kedua-duanya tiada, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) akan dilantik untuk mempengerusikan mesyuarat JAPSU tersebut.

  2. JAPSU akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua belas (12) kali dalam setahun.

  3. Kertas Kelulusan JAPSU akan dibentangkan di dalam mesyuarat Senat Universiti untuk kelulusan.

  4. Korum bagi JAPSU adalah dua pertiga (2/3) daripada ahli-ahli mesyuarat JAPSU.

  5. Setiausaha bagi JAPSU adalah Dekan, Pusat Pengajian Siswazah dan dibantu oleh Penolong Pendaftar Kanan dari Pusat Pengajian Siswazah.
Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Prasiswazah)

TERMA RUJUKAN (TOR)

JJAWATANKUASA MESYUARAT PENGURUSAN AKADEMIK (PRASISWAZAH) (MPA)
Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Prasiswazah)
Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Pra Siswazah) bertanggungjawab meneliti dan memperakukan hal-hal berkaitan dasar akademik prasiswazah untuk pengesahan Senat Universiti.
Tugas dan Tanggungjawab
  1. Meneliti dan memperakukan pelantikan Profesor Pelawat, Profesor Adjung, Penilai Luar dan Penasihat Program.

  2. Meneliti dan memperakukan kesetaraan kursus pemindahan kredit.

  3. Meneliti dan memperakukan permohonan pertukaran universiti.

  4. Meneliti dan memperakukan program akademik mobiliti berkredit dan tidak berkredit.

  5. Mengesahkan unjuran dan syarat kemasukan program akademik fakulti.

  6. Meneliti dan memperakukan permohonan pertukaran program akademik luar fakulti.
Komposisi Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Prasiswazah)
Pengerusi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Ahli
  1. Dekan Fakulti / Timbalan Dekan Akademik
  2. Pengarah Pusat (Akademik)
Tatacara Berkaitan
  1. Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Pra Siswazah) dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

  2. Kekerapan mesyuarat adalah sebanyak 10 kali setahun atau mengikut keperluan.

  3. Kertas cadangan yang telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik (Pra Siswazah) perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Senat Universiti untuk mendapatkan kelulusan.

  4. Urus setia bagi Jawatankuasa Mesyuarat Pengurusan Akademik (Prasiswazah) adalah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Jawatankuasa Pengajian Akademik Universiti

TERMA RUJUKAN (TOR)

JAWATANKUASA PENGAJIAN AKADEMIK UNIVERSITI (JKPAU)
Jawatankuasa Pengajian Akademik Universiti (JKPAU)
Pengurusan Universiti dalam mesyuaratnya pada 5 Februari 2014 telah meluluskan Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Pengajian Akademik Universiti (JKPU) melalui Kertas Cadangan Mewujudkan Jawatankuasa Pengajian Universiti (Kertas MPU Bil.51/2014). Bermula pada tahun 2015, Mesyuarat JKPU telah ditukarkan namanya kepada Mesyuarat JKPAU.

Penubuhan JKPAU adalah bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan melicinkan lagi pengurusan akademik universiti kerana bertindak sebagai jawatankuasa saringan untuk SENAT dalam perkara berkaitan.
Tugas dan Tanggungjawab

Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan menilai terhadap kertas kerja permohonan berkaitan sebelum dikemukakan kepada SENAT dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Fungsi dan skop tanggungjawab JKPAU adalah meneliti dan menilai perkara berikut:

  1. Permohonan Program Akademik Baharu dari setiap fakulti/institut
  2. Semakan kurikulum program akademik sedia ada
  3. Permohonan penawaran kursus baharu
  4. Perubahan kursus sedia ada.
  5. Semakan kod kursus
  6. Permohonan program berbentuk kerjasama akademik
  7. Semakan maklumat, format dokumen dan maklumbalas MQA/KPT
  8. Urusan berkaitan National Education Code (NEC)
Komposisi Jawatankuasa Pengajian Akademik Universiti (JKPAU)
Pengerusi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Keahlian
Ahli jawatankuasa akan dipilih berdasarkan kepada dua (2) kriteria iaitu :

Kumpulan 1

Mempunyai kepakaran dalam kluster berikut :

    • Perubatan dan Sains Kesihatan
    • Pengajian Islam dan Sains Sosial
    • Pengurusan
    • Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat
Kumpulan 2
Berpengalaman dalam pembangunan dan semakan kurikulum atau pernah menjadi panel MQA.
Tatacara Berkaitan
  1. JKPAU akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua belas (12) kali dalam setahun.

  2. Minit Mesyuarat atau Laporan JKPAU boleh dibentangkan dalam Mesyuarat Senat Universiti.

  3. Korum bagi JKPAU adalah minimum 7 orang ahli termasuk pengerusi beserta minimum seorang bagi setiap kluster dalam kumpulan 1 dan minimum dua orang dari kumpulan 2.
Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat Tidak Formal (JKPSHTF)

TERMA RUJUKAN (TOR)

JAWATANKUASA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TIDAK FORMAL (JKPSHTF)
Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat Tidak Formal (JKPSHTF)
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.29/2020 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat Tidak Format (JKPSHTF). 

Pembentukan JKPSHTF adalah bagi memenuhi beberapa keperluan prosedur kerja yang ditetapkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa ini dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan menilai terhadap kertas kerja permohonan berkaitan sebelum dikemukakan kepada SENAT dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
Tugas dan Tanggungjawab
  1. Fungsi dan skop tanggungjawab JKPSHTF adalah meneliti dan menilai permohonan penawaran kursus atau program PSH dari setiap fakulti/institut yang ingin mendapat pengesahan dan kelulusan Senat universiti.

  2. Membantu penstrukturan dan format kerangka penawaran program PSH tidak formal yang selaras dan memudahkan prosedur mengangkat permohonan kepada MQA jika sekiranya ada keperluan bagi mendapatkan akreditasi program.
Komposisi Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat Tidak Formal (JKPSHTF)
Pengerusi
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antaranbangsa)

Keahlian
Pengarah Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan & Jaringan Industri

Ahli
  1. Satu (1) orang wakil Bendahari

  2. Satu (1) orang wakil Pusat Perancangan Strategik Dan Pengurusan Sistem Kualiti

  3. Dua (2) orang wakil Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah

  4. Tiga (3) orang Profesor Kanan

  5. Dua (2) orang wakil daripada Sains Sosial dan dua (2) orang wakil daripada Sains dan Teknologi
Setiausaha
Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Penjanaan Pendapatan, Pelaburan & Jaringan Industri
Tatacara Berkaitan
  1. Pengerusi mesyuarat ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

  2. Kuorom mesyuarat minimum enam puluh peratus (60%) daripada ahli mesyuarat tetap tidak termasuk ahli jemputan dan urusetia.

  3. Kekerapan mesyuarat adalah sebanyak 4 kali setahun atau mengikut keperluan.

  4. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat Tidak Formal (JKPSHTF) adalah perlu disemak oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dan diserahkan kepada ahli Jawatankuasa dalam masa tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8485
  09-668 7889
  ptncaa@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Location

Follow Us