Welcome to Office of The Deputy Vice Chancellor (Academic & International), Universiti Sultan Zainal Abidin

Inquiries?

09-668 8414

Address

UniSZA, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

BENGKEL HALA TUJU DAN SEMAKAN SEMULA KPI GRADUAN KALIS MASA DEPAN

 
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) menganjurkan Bengkel Hala Tuju dan Kajian Semula Key Performance Indicator (KPI) Bagi Strategi Teras Graduan Kalis Masa Depan di Bawah Pelan Strategik Universiti 2023-2030 selama dua hari bermula hari ini, 9 dan 10 Ogos 2023 (Rabu dan Khamis). Bengkel ini diadakan bertempat di Dewan Intan 2, Raia Hotel & Convention Centre melibatkan dekan-dekan fakulti/PPS, Pengarah CoMAE-i, Pusat Antarabangsa, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) dan Pusat Islam.
 

YBhg. Prof. Dato' Dr. Fazli Adam sempat meluangkan masa hadir dan menyampaikan amanat beliau kepada semua peserta pada sesi pagi. Selain itu, antara pengisian lain bagi sesi pagi adalah pembentangan pencapaian PSU bagi strategi teras Graduan Kalis Masa Depan disampaikan oleh Pengarah SPaRQM, YBrs. Prof. Dr. Wan Norhayate Wan Daud dan pembentangan oleh YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Shamsuddin, Pengarah CoMAE-i.

Bagi sesi petang, perbincangan berkumpulan diadakan bagi sesi brainstorming wow factor untuk ketiga-tiga Strategi Pelaksanaan (SP) di bawah Graduan Kalis Masa Depan iaitu Future Ready Curriculum, Sustainable Learning Ecosystem dan Flexible Education with Soul.

Hari Kedua (10 Ogos 2023) - Pengisian bengkel pada hari ini adalah pembentangan daripada 3 kumpulan iaitu:
SP1: Future Ready Curriculum oleh Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff (Dekan Fakulti Perubatan)
SP2: Sustainable Learning Ecosystem oleh Prof. Madya Ts. Dr. Syadiah Nor Wan Shamsuddin (Pengarah CoMAE-i)
SP3: Flexible Education with Soul oleh Dr. Norlia Muhamad (Timbalan Pengarah CoMAE-i)

 

 

Contact Us

Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus
Terengganu Darul Iman

  09-668 8485
  09-668 7889
  ptncaa@unisza.edu.my
logo3d left40 Tahun UniSZA utama

Location

Follow Us